PEKARA YANG MENGUNDANG KEMARAHAN LELAKI

Bukan menghairankan sewaktu bercinta lelaki sanggup melakukan apa saja untuk kekasih hatinya.Bak kata pujangga,lautan api sanggup direnangi.biar sesukar mana rintangan terpaksa dihadapi.
Biarpun begitu setelah bergelar isteri ,keistimewaan yang diperolehi sebelum ini direntap kembali.Ini kerana sedalam mana cinta atau sehormat mana pun seorang lelaki terhadap isterinya,mereka mengakui ada beberapa perkara yang membuatkan mereka benci sekaligus mengundang rasa marah dalam diri mereka.


CUBA SEMAK BEBERAPA INFO INI;


Berbusana dan berdandan berjam-jam:

Kebanyakan lelaki tidak suka menunggu isterinya berhias selama berjam-jam hanya untuk makan malam di gerai atau restoran biasa.


Berbicara secara telus tentang hubungan:

lelaki umumnya tidak suka sekiranya perempuan terus menerus berbicara mengenai hubungsn mereka.Topik perbincangan bagaimana meningkatkan hubungan supaya menjadi lebih baik biasanya tidak digemari oleh lelaki kerana bagi mereka anda sedang mencari kesalahan mereka.


Memberi arahan pemanduan:

Bagi lelaki kereta adalah 'istana beroda' mereka.Oleh sebab itu mereka tidak suka sekiranya isteri memberi komen terhadap cara pemanduan mereka.


Memberi komen tentang berat badan:

Dituduh melirik wanita lain:

Biarpun pada dasarnya lelaki memang suka melirik perempuan lain tetapi jika sesekali dia melihat pada kejauhan maka belum tentu dia sedang menatapi tubuh molek wanita lain.Malahan lelaki juga tidak suka dilabelkan sebagai senang melihat wanita cantik biarpun sifat mereka sememangnya begitu.


SEMOGA DAPAT DIJADIKAN PANDUAN..
(Catatan diambil dari majalah HARMONI MUKASURAT 60KELUARAN MAC 2008.HASIL PENULISAN NORIDAWATI NAHRAWI)

NASIHAT RUMAHTANGGA

Rumahtangga adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin.Pasangan suami atau isteri adalah orang yang bertanggungjawab diatas setiap apa yang terjadi dalam rumahtangganya.
Justeru,kerukunan rumahtangga adlah didokong oleh keduadua suami dan isteri bukan hanya dibuat oleh satu pihak semata-mata.Ikatan perkahwinan yang dibina bukanlah lafaz perkataan sahaja tetapi ia adlah akujanji yang telah dimeterai dengan kalimah agung bersandarkan kepada nama Allah dan RasulNya.

Khianat pada perkahwinan bukan sahaja bererti mengkhianati pasangan yang dikahwini tetapi menodai kesucian janji dan amanah yang diucapkan dengan kalimah suci.

Oleh yang demikian setiap perkataan dan tindakan yang kita lakukan sepanjang perkahwinan adalah bersaksikan kepada Tuhan yang sentiasa mengawasi tanpa terlalai walau seketika.Ketelusan hati dan nilai budi yang tinggi menjadi syarat utama dalam kehidupan rumahtangga yang rukun,damai dan permai.
Akhirnya,perkahwinan akan lebih bermakna dan menganugerahkan bahagia didunia dan akhirat selamalanya.

khasiat air kelapa muda

Air kelapa muda sering dijadikan pilihan saat menghilangkan dahaga terutamnya ketika cuaca panas.
Namun air kelapa muda juga mengandungi khasiat yang tinggi kepada badan kita.

MANAFAAT AIR KELAPA MUDA

Air kelapa muda berkhasiat sebagai penawar pelbagai jenis penyakit terutamanya bagi meneutralkan racun didalam tubuh.

Air kelapa muda jika dicampur dengan sedikit jus lemon bermanafaat mengatasi dehidrasi dan mampu menghilangkan cacing dalam perut kanak-kanak.

Dapat menghilangkan rasa panas dalam badan.

Jika dicampurkan dengan susu merupakan makanan yang baik untuk anak-anak.Campuran ini berkhasiat untuk mencegah penggumpalan susu dalam perut,muntah,sembelit dan memudahkan pencernaan..