NASIHAT RUMAHTANGGA

Rumahtangga adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin.Pasangan suami atau isteri adalah orang yang bertanggungjawab diatas setiap apa yang terjadi dalam rumahtangganya.
Justeru,kerukunan rumahtangga adlah didokong oleh keduadua suami dan isteri bukan hanya dibuat oleh satu pihak semata-mata.Ikatan perkahwinan yang dibina bukanlah lafaz perkataan sahaja tetapi ia adlah akujanji yang telah dimeterai dengan kalimah agung bersandarkan kepada nama Allah dan RasulNya.

Khianat pada perkahwinan bukan sahaja bererti mengkhianati pasangan yang dikahwini tetapi menodai kesucian janji dan amanah yang diucapkan dengan kalimah suci.

Oleh yang demikian setiap perkataan dan tindakan yang kita lakukan sepanjang perkahwinan adalah bersaksikan kepada Tuhan yang sentiasa mengawasi tanpa terlalai walau seketika.Ketelusan hati dan nilai budi yang tinggi menjadi syarat utama dalam kehidupan rumahtangga yang rukun,damai dan permai.
Akhirnya,perkahwinan akan lebih bermakna dan menganugerahkan bahagia didunia dan akhirat selamalanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan