7 makanan yang perlu ada dalam diet lelaki

Tahukah anda,terdapat 7 jenis makanan yang perlu ada dalam diet setiap lelaki?Khasiatnya tidak boleh dipertikai kerana ia penting untuk meningkatkan kesihatan serta melindungi anda dari penyakit berbahaya.Sekiranya tujuh makanan ini tidak tersenarai sebagai makanan pilihan,belajarlah untuk menyukainya.Ramai lelaki tidak peka tentang apa yang mereka makan setaip hari.Jadi tidak hairanlah bermacam-macam penyakit mengunjungi tubuh mereka lebih-lebih lagi apabila umur mula menjangkau 40an.



1.TIRAM

2.PISANG

3.LEMAK IKAN

4.SAYURAN MERAH JINGGA

5.BROKOLI

6.BIJIRIN

7.SOYA

KENALI PASANGAN CEMBURU&CARA MENGATASINYA

Setiap pasangan suami isteri itu pastinya tidak lari dari perasaan cemburu.Tidak kiralah dalam hal membabitkan hubungan atau pun persekitaran.Terutamnya bagi wanita yang mempunyai jiwa yang sensitif dan pantang hati mereka disakiti.Bagaimanapunperasaan cemburu ini ada kalanya elok untuk sesebuah rumahtangga bak kata pepatah cemburu tandanya sayang dan ia juga sebenarnya boleh meruntuhkan hubungan yang sedia ada.


Terdapat beberapa tanda untuk mengenal pasti sama ada pasangan kita seorang yang cemburu ataupun tidak.


TANDA-TANDA CEMBURU:

1.Telefon beberapa kali dipejabat.
Jika pasangan anda kerap menelefon bertanyakan soalan yang sama,ini menunjukkan bahawa dia sebenarnya sedang mencemburui anda.Ada kalanya soalan yang ditanya hanyalah soalan yang biasa seperti keluar makan dengan siapa,balik kerja pukul berapa.

2.TUDUH PASANGAN ADA HUBUNGAN JIKA SERING PULANG LEWAT.
Ada kalanya kerja kita melebihi daripada waktu yang ditetapkan pejabat dan akan pulang lewat malam.Awas jika balik rumah,pasangan anda menuduh mempunyai hubungan dengan rakan pejabat.Malah ada juga pasangan yang sanggup menyiasat sama ada betul atau tidak anda kerja lewat malam.

3.SELALU INTIP DAN CARI PELUANG UNTUK CARI KESALAHAN.
Pasangan yang cemburu ini juga sering mengintip pergerakan anda tidak kira sama ada dirumah ataupun dipejabat.Ini adalah kerana dia mahu mencari peluang untuk mencari kesalahan anda dan boleh menyebabkan pertengkaran antara suami isteri.

4.GEMAR GELEDAH BEG ATAUPUN CURI BACA SMS DI TELEFON.
Berhati-hati juga dengan pasangan yang gemar geledah barang barang peribadi anda seperti beg,komputer riba ataupun membaca pesanan ringkas di telefon.Jika situasi ini berlaku menunjukkan pasangan anda memang seorang yang kuat cemburu.

5.SUKA SOAL SIASAT SEPERTI POLIS UNTUK BERTANYA KEMANA PERGI.
Ada juga pasangan yang gemar menyoal siasat kemana anda pergi dan apa dilakukan.Jika tidak menelefon dipejabat,dia akan bertanya apabila anda pulang kerumah.


TERDAPAT BEBERAPA CARA UNTUK MENANGANI MASALAH INI:

1.SENTIASA BALIK AWAL DARI PEJABAT.

2.SENTIASA MEMBERITAHU PASANGAN JIKA PERLU PULANG LEWAT.

3.JANGAN KERAP MENGHANTAR SMS DIRUMAH WALAUPUN DENGAN TEMAN SEKERJA.

4.SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP MESRA DENGAN PASANGAN.

5.TULIS APA PERASAAN SEBENAR ANDA JIKA CEMBURU.

bersuami muda

pendapat ibu memanglah jodoh di tangan tuhan dan nabi kita sendiri muda bila berkahwin dengan siti khadijah,tapi nabi kan memang nabi yang sudah terbukti akhlak dan budi pekerti.
Dengan zaman siber yang serba mencabar buat senak kepala bila memikirkan ramai yang berlumba-lumba nak mencari suami muda.Memang pada awalnya bila kita tengah kemaruk tidur tak lena makan tak lalu semuanya nampak indah.
Perkahwinan bukan sehari dua apabila usia kita makin hari makin meningkat dan suami kita pula baru nak matang,orang kata macam baru nak akhil baligh apalagi baru nak masuk 40an,hai buat demam juga makcik-makcik ni nak maintain muka,apalagi badan yang dah mula bengkok tulang.

Kalau yang berduit bolehlah tahan sikit,cucuk mana yang patut laser mana yang boleh,serdev mana yang tahan,tapi kalau yang tak berapa banyak duit terpaksalah tahankan tengok rambut yang makin banyak putih dari hitamnya,beg mata yang makin besar,selera seksual pun dah berkurang.

Laki pula dah mula malu-malu kucing jalan dengan kita,apalagi nak pimpin tangan.
Memang ada yang sayang sangat dengan isteri tapi boleh kira berapa peratus.
Rata-rata isteri ramai yang makan hati tapi apa nak buat dah terlanjur kawin takkan nak buat hal,lagipun malu dengan kengkawan,sedara lagilah kalau dulu yang banyak membangkang.
Cinta bagi suami muda ni tak ramai yang ikhlas.Rata-rata nak buat sandaran atau tempat berteduh sementara dapat cinta baru.

Sebagai isteri yang bersuami muda tak akan lari dari perasaan takut suami akan lari,suami tak sayang lagi tapi hakikatnya itulah yang akan terjadi,pahit tapi itulah kenyataan yang harus dihadapi..

Dia tak akan menjadi sangat setia kalau isteri dah menopaus,kedut sana sini,paling-paling dia kesian saja.CINTA..SAYANG..???????????Tak payah diharaplah..Cari suraulah kita untuk buat amal tambah apa yang kurang...

TIDUR AWAL ELAK OBESITI

Menurut pakar kurang tidur menggandakan risiko terlebih berat badan.Kurang tidur dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko obesiti dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa.Oleh itu anda disarankan untuk tidur awal bagi mendapatkan tidur yang cukup.
Kurangnya menutup mata dapat meningkatkan selera makan kerana perubahan hormon.
Tubuh akan melepaskan kimia yang merangsang selera makan yang dikenali sebagai ghrelin,seterusnya mengurangkan leptin yang mengekang selera makan anada
LAKSA.


NASIHAT IBU MAKAN SIKIT TAK BERASA.MAKAN BANYAK BINASA..???????????
ADA 7 PERKARA YANG HARUS LELAKI HINDARI JIKA INGIN MEMPUNYAI ANAK.


1.Mandi air panas atau memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma.


2.Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus pedal basikal boleh merosakan arteri dan saraf yang terdapat pada penis.Pilih pedal basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.


3.Stress kecil dapat membuat kadar testeron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.


4.Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi,kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.


5.Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak.


6.Merokok menghasilkan sperma lebih sedikit daripada yang tidak merokok.


7.Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran,buah-buahan,biji-bijian,susu dan daging tanpa lemak.Dengan demikian anada akan menjadi ayah yang cukup sihat..
JAGALAH LIDAH KITA


Dosa orang yang mengumpat lebih berat 30 kali dari orang yang berzina.
Oleh itu peliharalah lidah kita daripada memperkatakan seseorang,yang apabila ia mendengar perkataan kita,ia tersinggung.
Sekalipun apa yang kita katakan itu benar-benar berlaku pada diri orang berkenaan.
PROSES PEMBUATAN LAKSA-

Membuatnya sangat mudah tetapi belum tentu rasanya menepati laksa yang asli.Kebelakangan ini ramai yang menjual laksa tetapi kuahnya sangat tidak menepati rasa asli kuah laksa.Kalau yang komersial kuahnya jadi lebih pedas dengan rasa petis dan harganya pun macam makan sepinggan bariani.

Kalau yang jual tepi jalan termasuk menggunakan lori susah sangat nak dapatkan rasa kuah laksa yang asli itu.

Ada yang kuah macam asam pedas ikan pari,ada yang macam tomyam,ada yang siap taruk serai lagi.

Kadang-kadang kita sebagai orang lama penggemar laksa rasa macam geram saja sebab tak puas makan laksa dengan kuah yang macam tu.


Kuah laksa kalau yang betul-betul asli warnanya lebih kurang kuah laksam cuma taklah pucat sangat.Rasanya mestilah ada rasa pedas,masam,masin,lemak.Pedasnya tak ketara sangat sebab mesti ada cili api potong dan limau nipis bukan limau kasturi.
Pendek kata kalau makan laksa kalau kalau tak mengeluarkan airmata dan air hidung bukan makan laksa namanya...

Masam,masin,pedas mesti sekata sebab itulah rasa laksa sebenarnya..........
Kalau orang orang tua sebelah utara makan laksa yang komersial ni menangis tak ada bunyi jugaklah dibuatnya...Ulam laksa bukan setakat timun saja,ulam pucuk gajus pun sedap,pucuk putat pun sedap,bukan setakat salad saja..

Ini bukan protes terhadap penyelewengan pembuatan kuah laksa cuma kata orang-orang tua sebelah utara dulu..'makan laksa sikit tak berasa,makan banyak binasa'.
Sebab orang pempuan tak boleh makan banyak-banyak takut kembang urat perut jadi asyik kebilik air saja....Yang pernah makan laksa lebih dari dua pinggan akan tau kesannya.....


TERDAPAT BEBERAPA PERSOLAN YANG PERLU KITA TANYA KEPADA DIRI KITA SENDIRI DAN JAWAPAN KEPADA PERSOALAN TERSEBUT HANYA DIKETAHUI OLEH DIRI KITA SENDIRI SAHAJA.

siapakah orang yang sombong-
adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu AllahMaka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


siapakah orang yang dungu-
adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya itu.


siapakah orang kuat-
adalah orang yang dapat menahan kemarahanya ketika ia dalam kemarahan...


siapakah orang yang bakhil-
adalah orang yang lidahnya berat untuk membaca selawat keatas junjungan Rasullullah s.a.w


siapakah orang yang sibuk-
adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


siapakah orang yang menangis air mata mutiara-
adalah orang yang tatkala sedang bersendirian lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan segala dosa-dosanya yang lalu sambil mengalir airmatanya.


siapakah orang yang miskin-
adalah orang yang tidak puas dengan segala kenikmatan yang ada dan sentiasa mengumpul harta


siapak orang yang pandai-
adalah orang yang bersiapsedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.


siapakah orang yang bodoh-
adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.


siapakah orang yang gila-
adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang membolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan keduanya ia tidak siuman akalnya..


siapakah orang yang rugi-
adalah orang yang usianya pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan


siapakah yang mempunyai rumah yanng sempit lagi dihimpit-
adalah orang yang mati tidak membawa kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


siapakah yang tidak berakal-
adalah orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka didunia dulu menggunakan akal maka sudah tentu mereka tidak mahu masuk neraka..


SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT DIJADIKAN PEDOMAN UNTUK MENJALANI HIDUP INI...AMIN.

Makluma Balas Anda