PEKARA YANG MENGUNDANG KEMARAHAN LELAKI

Bukan menghairankan sewaktu bercinta lelaki sanggup melakukan apa saja untuk kekasih hatinya.Bak kata pujangga,lautan api sanggup direnangi.biar sesukar mana rintangan terpaksa dihadapi.
Biarpun begitu setelah bergelar isteri ,keistimewaan yang diperolehi sebelum ini direntap kembali.Ini kerana sedalam mana cinta atau sehormat mana pun seorang lelaki terhadap isterinya,mereka mengakui ada beberapa perkara yang membuatkan mereka benci sekaligus mengundang rasa marah dalam diri mereka.


CUBA SEMAK BEBERAPA INFO INI;


Berbusana dan berdandan berjam-jam:

Kebanyakan lelaki tidak suka menunggu isterinya berhias selama berjam-jam hanya untuk makan malam di gerai atau restoran biasa.


Berbicara secara telus tentang hubungan:

lelaki umumnya tidak suka sekiranya perempuan terus menerus berbicara mengenai hubungsn mereka.Topik perbincangan bagaimana meningkatkan hubungan supaya menjadi lebih baik biasanya tidak digemari oleh lelaki kerana bagi mereka anda sedang mencari kesalahan mereka.


Memberi arahan pemanduan:

Bagi lelaki kereta adalah 'istana beroda' mereka.Oleh sebab itu mereka tidak suka sekiranya isteri memberi komen terhadap cara pemanduan mereka.


Memberi komen tentang berat badan:

Dituduh melirik wanita lain:

Biarpun pada dasarnya lelaki memang suka melirik perempuan lain tetapi jika sesekali dia melihat pada kejauhan maka belum tentu dia sedang menatapi tubuh molek wanita lain.Malahan lelaki juga tidak suka dilabelkan sebagai senang melihat wanita cantik biarpun sifat mereka sememangnya begitu.


SEMOGA DAPAT DIJADIKAN PANDUAN..
(Catatan diambil dari majalah HARMONI MUKASURAT 60KELUARAN MAC 2008.HASIL PENULISAN NORIDAWATI NAHRAWI)

0 ulasan:

Catat Ulasan