ADAB MEROTAN ANAK

ELAKKAN MEROTAN KETIKA MARAH

*Anak mula dirotan ketika mereka berumur 10,11,12 dan 14 tahun.

*Umur 15 tahun keatas elekkan merotan mereka kerana umur ditahap itu tidak sesuai dirotan,gunakanalah pendekatan nasihat dalam suasana seperti seorang kawan.

*Tempat yang paling sesuai untuk dirotan ialah dikakinya.

*Jangan merotan didepan orang ramai atau adik beradik kerana mereka juga mempunyai maruah diri.

*Terangkanlah kesalahan mereka dan beri penjelasan kenapa kita membuat keputusan merotanya.


Merotan adalah langkah yang terakhir untuk mendidik anak-anak setelah berbagai-bagai cara dan kaedah telah digunakan seperti contoh teladan,nasihat,motivasi,belaian dan pelukan dan sebagainya.

Sebelum merotan ibubapa hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t meminta ampun serta memohon petunjuk dan bimbingan didalam mendidik anak-anak.Ibubapa perlu sentiasa dan istiqamah membaca doa untuk anak-anak,antara doanya surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud 'Wahai Tuhan kami,berilah kami isteri dan keturunan kami sejuk mata memandang dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa..

0 ulasan:

Catat Ulasan