KENALI PASANGAN CEMBURU&CARA MENGATASINYA

Setiap pasangan suami isteri itu pastinya tidak lari dari perasaan cemburu.Tidak kiralah dalam hal membabitkan hubungan atau pun persekitaran.Terutamnya bagi wanita yang mempunyai jiwa yang sensitif dan pantang hati mereka disakiti.Bagaimanapunperasaan cemburu ini ada kalanya elok untuk sesebuah rumahtangga bak kata pepatah cemburu tandanya sayang dan ia juga sebenarnya boleh meruntuhkan hubungan yang sedia ada.


Terdapat beberapa tanda untuk mengenal pasti sama ada pasangan kita seorang yang cemburu ataupun tidak.


TANDA-TANDA CEMBURU:

1.Telefon beberapa kali dipejabat.
Jika pasangan anda kerap menelefon bertanyakan soalan yang sama,ini menunjukkan bahawa dia sebenarnya sedang mencemburui anda.Ada kalanya soalan yang ditanya hanyalah soalan yang biasa seperti keluar makan dengan siapa,balik kerja pukul berapa.

2.TUDUH PASANGAN ADA HUBUNGAN JIKA SERING PULANG LEWAT.
Ada kalanya kerja kita melebihi daripada waktu yang ditetapkan pejabat dan akan pulang lewat malam.Awas jika balik rumah,pasangan anda menuduh mempunyai hubungan dengan rakan pejabat.Malah ada juga pasangan yang sanggup menyiasat sama ada betul atau tidak anda kerja lewat malam.

3.SELALU INTIP DAN CARI PELUANG UNTUK CARI KESALAHAN.
Pasangan yang cemburu ini juga sering mengintip pergerakan anda tidak kira sama ada dirumah ataupun dipejabat.Ini adalah kerana dia mahu mencari peluang untuk mencari kesalahan anda dan boleh menyebabkan pertengkaran antara suami isteri.

4.GEMAR GELEDAH BEG ATAUPUN CURI BACA SMS DI TELEFON.
Berhati-hati juga dengan pasangan yang gemar geledah barang barang peribadi anda seperti beg,komputer riba ataupun membaca pesanan ringkas di telefon.Jika situasi ini berlaku menunjukkan pasangan anda memang seorang yang kuat cemburu.

5.SUKA SOAL SIASAT SEPERTI POLIS UNTUK BERTANYA KEMANA PERGI.
Ada juga pasangan yang gemar menyoal siasat kemana anda pergi dan apa dilakukan.Jika tidak menelefon dipejabat,dia akan bertanya apabila anda pulang kerumah.


TERDAPAT BEBERAPA CARA UNTUK MENANGANI MASALAH INI:

1.SENTIASA BALIK AWAL DARI PEJABAT.

2.SENTIASA MEMBERITAHU PASANGAN JIKA PERLU PULANG LEWAT.

3.JANGAN KERAP MENGHANTAR SMS DIRUMAH WALAUPUN DENGAN TEMAN SEKERJA.

4.SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP MESRA DENGAN PASANGAN.

5.TULIS APA PERASAAN SEBENAR ANDA JIKA CEMBURU.

0 ulasan:

Catat Ulasan