TERDAPAT BEBERAPA PERSOLAN YANG PERLU KITA TANYA KEPADA DIRI KITA SENDIRI DAN JAWAPAN KEPADA PERSOALAN TERSEBUT HANYA DIKETAHUI OLEH DIRI KITA SENDIRI SAHAJA.

siapakah orang yang sombong-
adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu AllahMaka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


siapakah orang yang dungu-
adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya itu.


siapakah orang kuat-
adalah orang yang dapat menahan kemarahanya ketika ia dalam kemarahan...


siapakah orang yang bakhil-
adalah orang yang lidahnya berat untuk membaca selawat keatas junjungan Rasullullah s.a.w


siapakah orang yang sibuk-
adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


siapakah orang yang menangis air mata mutiara-
adalah orang yang tatkala sedang bersendirian lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan segala dosa-dosanya yang lalu sambil mengalir airmatanya.


siapakah orang yang miskin-
adalah orang yang tidak puas dengan segala kenikmatan yang ada dan sentiasa mengumpul harta


siapak orang yang pandai-
adalah orang yang bersiapsedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.


siapakah orang yang bodoh-
adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.


siapakah orang yang gila-
adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang membolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan keduanya ia tidak siuman akalnya..


siapakah orang yang rugi-
adalah orang yang usianya pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan


siapakah yang mempunyai rumah yanng sempit lagi dihimpit-
adalah orang yang mati tidak membawa kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


siapakah yang tidak berakal-
adalah orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka didunia dulu menggunakan akal maka sudah tentu mereka tidak mahu masuk neraka..


SEMOGA SEDIKIT SEBANYAK DAPAT DIJADIKAN PEDOMAN UNTUK MENJALANI HIDUP INI...AMIN.

0 ulasan:

Catat Ulasan